Tuesday, June 28, 2011

Israk Mikraj....(apa yang tersingkap)

Posted by Miss Lavender | at Tuesday, June 28, 2011 0

Setiap kali menjelang kalendar Rejab sempena kedatangan tarikh peristiwa Isra’ Mikraj, pasti gambar-gambar ini disebarkan ke serata dunia maya dan hasilnya, ramailah yang mempercayainya..
Berikut adalah gambar-gambar palsu yang  kononnya ia adalah Batu Terapung atau Batu Tergantung  seperti yang tercatat dalam peristiwa Israk Mikraj, tersebar meluas di dalam internet. Dan juga.. Ia diguna pakai dalam khutbah multimedia di masjid-masjid di KL..!
Gambar PALSU 1
Batu Terapung PALSU 1Gambar PALSU kononnya Batu Terapung / Tergantung di Palestine ini terus disebarkan dan amat kurang bagi mereka yang bertanya akan kesahihannya. (He-eh..? Kan terapung tu ustaz..? )
Gambar PALSU 2
Batu Terapung PALSU 2Gambar batu yang serupa dari sudut yang lain. Dah Nampak..?
Gambar PALSU 3
Batu Terapung PALSU 3Juga satu lagi sudut gambar palsu ini. Dah jelas..? Belum..?
Gambar PALSU 4
Batu Terapung PALSU 4Sekali lagi sudut yang lain gambar palsu ini. Haa.. Jelas..?
Gambar PALSU 5
Batu Terapung PALSU 5Tadaa.. ‘Breaking The Magician Code: The Magic Secret Reavealed’. Teknik murahan rupanya.. GunaPhotoshop..
Jadi.. Mana yang  ASLInya..?
___________________________ …
Berikut yang penulis sertakan adalah gambar ASLI dan SAHIH Batu Terapung yang disebut dalam peristiwa Isra’ Mikraj..
Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra' Mikraj
Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra' Mikraj
Berikut adalah soal-jawab dari seorang hamba Allah dengan Dato’ Dr. Haron Din mengenai Batu Terapung / Tergantung seperti yang dinyatakan dalam sejarah Isra’ Mikraj baru-baru ini.
SOALAN:
Dato’, saya telah melihat gambar dalam internet dan mendengar beberapa ceramah Israk Mikraj, ada penceramah menunjukkan gambar batu besar yang tergantung-gantung di Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis. Adakah benar batu itu tergantung-gantung (tidak berpihak di bumi) dan terlepas daripada tarikan graviti. Pohon Dato’ perjelaskan apakah yang sebenarnya. – ZAINAL AHMAD
JAWAPAN Dato’ Dr Haron Din:
Tempat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Dimikrajkan
Ulama umumnya berpendapat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermikraj dari satu tempat di Baitulmaqdis yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan). Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis.
Pengalaman Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi
Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud ‘Tempat Nabi bermikraj’, disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): “Berkatalah al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.
“Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.”
“Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.”
“Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain.”



 Batu Terapung Pada Hari Ini Dari Pengalaman Dato’ Dr Haron Din
Ada pun mutakhir ini, saya sendiri berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah (kubah yang di bawahnya ada batu). Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa.
Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam akan dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid dengan Qubbatul Sakhrah ini.
Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu Terapung
Satu lagi gambar asli dan sahih Batu Terapung. Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu Terapung
Meneliti Batu Terapung
Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan. Gambaran sekarang ini, batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya. Saya menganggarkan keluasan tempat itu, sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika untuk masuk bersesak-sesak boleh sampai 150 orang. (http://qhazanah.wordpress.com)
Keadaan Berubah
Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh. Di segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia tergantung seperti yang dijelaskan di atas. Semasa lawatan itu, saya kebetulan bertemu dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ, di samping pemandu pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu besar yang macam payung itu tergantung-gantung.
Kegerunan Hati Manusia
Oleh kerana banyak pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka terperanjat dan amat gerun dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani masuk di bawah batu itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap. Memandangan hal keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai tanggapan orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa mengambil tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi.
Batu Terapung Isra' Mikraj -Dari Atas-Gambar simpanan lama Batu Terapung dari sudut atas.
Mengapa Berubah..?
Ketakutan pembesar-pembesar zaman ini samalah seperti yang dirasai oleh al-Imam Aku Bakar Ibnul ‘Arabi seperti dalam bukunya.
Maka atas itulah batu tersebut sudah tidak lagi kelihatan tergantung-gantung, tetapi ia menjadi seperti sebuah bangunan yang di bawahnya boleh dimasuki, ia kelihatan seperti sebuah batu biasa yang dapat dilihat. Wallahua’lam.

sumber:

Monday, June 27, 2011

aku garang dan sangat garang bila.....

Posted by Miss Lavender | at Monday, June 27, 2011 0

first thing yang perlu dinyatakan adalah, aku x pandai nak marah orang. but when this kind annoyed things happen around me, aku akan jadi emo, atau lebih senang dikatekan akan garang..aku sangat bengang bila ada segelintir manusia yang x reti nak faham situasi orang lain, suka wat spekulasi sendiri...hello, semua orang punyai masalah sendiri jadi ko x perlulah nak samakan masalah ko dengan orang lain.please stop from  being annoying person. 

Aku sendiri pernah berhadapan dengan mereka ni, well, manusia tidak sempurna, tapi jgn sekali-kali menggunakan alasan itu untuk sesuka hati kamu membuat maslah pada orang lain. manusia memang tidak sempurna, berbanding kekasih-kekasih Allah yang lain, maka dengan itu kita dikurniakan akal fikiran berbanding haiwan utk muhasabah diri kita, mana yang silap. itu gunanya konsep akal dan muhasabah. jgn terlalu mengharapkan teguran orang lain baru kita nak berubah. orang lain cuma nampak kesalahan didepan mata, sedangkan yang diluar penglihatan mata sendiri bagaimana pulak?tepuk dada tanya iman ye.

Another thing is, jangan memaksa orang lain utk terima kamu menjadi sebahagian hidup kamu jika pada awalnya direject. paham2 jelah ye, jangan buat orang lain lagi geli meremang dengan kamu. aku cukup anti perkara sebegini. soal jodoh, mati dan rezeki semuanya itu ditangan Allah. jadi jgn menjadi seolah-olah kamu tiada agama, tidak berfikir secara matang perasaan orang lain dan tolonglah terima kenyataan jika itu yang ditakdirkan. sekiranya kamu suka seseorang sekalipun, beri mereka peluang atau masa utk nilai keikhlasan kamu, bukan secara paksaan. kalau kamu paksa, memang jawapannya akan sentiasa NO ye. jadi jgn nak cipta agenda x bertauliah dan tidak bertamadun pulak bila dah direject 100%.

tolonglah jauhkan penyakit PHD (perasaan hasad dengki). orang lain ada pangkat PHD sebab sentiasa positif dengan pengalaman hidup, tapi ada orang lain berpangkat PHD sebaliknya.mereka yang PHD negatif ni x blh langsung lihat orang lain senang. ada sahaja yang nak diporakkan. orang lain pun tahu marah, kecewa, bengang dan berbagai lagilah. jadi jika kau x nak perkara yang sama berlaku, janganlah susahkan hidup mereka ni...bersyukur dengan apa yang kita ada. kalau tiba-tiba perasaan dengki ni datang menerpa, muhasabah diri, 'kenapa aku perlu nak dengki dengan orang lain?mungkin ada hikmah kenapa aku punyai hidup sebegini". tolong yakin dengan takdir Allah ye, jgn nak pandang buruk apa yang menimpa hidup kita. kalau nak marah orang sekalipun, senyapkan diri. sabarkan hati dalam diam. jgn sekali2 kali jentik perasaan orang lain. buruk padahnya.





akhir sekali, marilah sama2 muhasabah diri, hidup memang x lama. jgn sibuk mencari salah orang lain walaupun ilmu kita lebih tinggi dari orang lain, kerana ilmu dari pengalaman hidup itu lebih berharga daripada ilmu dari teori semata-mata........



Saturday, June 25, 2011

<><><>Tiramisu Cake <><><>

Posted by Miss Lavender | at Saturday, June 25, 2011

bulan ni sangat teringin nak baking....tapi kalau blh tunggu gaji..almaklumlah keja partime...x seberapa pun...huhuhu....(sadis)
kali ni nak wat kek tiramisu....sgt sedap...nak wat kek ni senang shj because it is eggless cake....x guna sebarang telur ayam...jadi makan kek ni dijamin tiada sebarang bau telur ayam....sbb kadang2 ade sesetengah orang x suka makan kek yang kuat dengan bau telur ayam....ada banyak resipi untuk wat kek ni...coz it depends on that maker....kadang2 ada yang guna resipi lain...jadi kat sini saya lampirkan resipi kek yang saya rasa lebih senang....enjoysss......^_^




TIRAMISU CAKE











Bahan-bahan
250g cream cheese
250g whipped cream
150g gula
kek span ( boleh ganti dengan biskut yang dicelup dengan air nescafe) blh didapati di kedai2 membuat kek.
1/2 paket nescafe or mocha 3in1 (for garnishing purpose)




Cara-cara
Potong & susun sponge cake dalam baking tin (1st layer) (potong 3 lapis atau 2 lapis)
Beat cream cheese, whipped cream & gula with hand mixer until creamy
Tuang mixture tadi diatas lapisan cake yang pertama
Susun selapis lagi cake diatas mixture tadi (2nd layer)
Tuang mixture diatas lapisan cake yang kedua
Repeat the step until finish
Taburkan 1/4 or 1/2 paket of nescafe 3in1 for ganish
Simpan dalam fridge overnight


Ok done...jadi selamat mencuba pada sesiapa yanag nak mencuba....hehe....

Thursday, May 12, 2011

.....cantiknya wanita, kacaknya lelaki.......

Posted by Miss Lavender | at Thursday, May 12, 2011

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki??
Inilah Ciri-Cirinya….
1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…

Dan dimana Kegagahan Wanita?
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.
Ciri-Ciri Wanita yang gagah adalah…
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Sabda Rasulullah SAW:
“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”
Surah Al-Ahzab : Ayat 71
“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

kisah hati......

Posted by Miss Lavender | at Thursday, May 12, 2011

first time i heard this song, kind of sad....and sometimes part of it, about myself....maybe.....sob sob sob....
someody yang serasa, pedih kan....Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui perancangnNya utk kita semua....





Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Hanya sempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Hadir di angkasana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Biar ku setia menjaga cintamu
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya...........

cer tengok kahwin.......hehe

Posted by Miss Lavender | at Thursday, May 12, 2011

  • hari ni satu hari aku abiskan masa depan laptop tengok blog tentang pakej kahwin..hahaha..berangan...
  • search punye search.....akhirnya aku nampak satu blog....dina halim punye blog...quite famous gak blog ni...semua pakej perkahwinann yang ditawarkan pun best...yang paling berkenan adalah baju pengantin...hehehehe..sukee...cantikkk...
  • sje je berangan, bile lagi nak berangan, blhlah jgk isi mase kosong cuti sem ni berangan jap....
  • time tgh cari ni, aku jumpe warna yang cantik...kelabu pink...ehehe...mungkin sesetengah org kate, warna ni biasa je..tapi lawa bagi aku....sebenarnye aku bukan penggemar pink, tapi bile tgk cantik pulaknye...


  •  cantikkan???kelabu pink...this one daripada dina halim.....banyak lagi yang cantik, but i like this one....unique...


yang ni pun cantik..the grey one.....wahhh..sesungguhnya aku amat menggemari kelabu sekarang ni....huhu

  • ok, semua dah jumpe...tapi kahwin je x lagi...huhu....dah terasa gatalnye nak kahwin, tapi duit xdak...belajaq x abis lagi..keje pun xde..calonnn????huhu..wallahualam......
  • huhu..penat dah membebel, lain kali pulak sambung...

Wednesday, May 11, 2011

kui kui kui macaron macaron......

Posted by Miss Lavender | at Wednesday, May 11, 2011

  • mula2 dgr nama macaron ni, serius ape bende macaron tu....rupenye makanan...hehesedap..seriusly, kalau makan sekali memang nak lagi...
  • pernah waktu tgh minggu exam, aku dgn rumet pernah bercerita tentang macaron....haha...ape lagi, dahlah time tu masing2 tgh kebulur, sbb x lunch lagi, confirmlah lapar....hehehe....cerita lagi tentang makanan...hehehe


~~~~~~~~~~~~~~wahhh..like this one..ade raspberry.....sesiapeeee, tolonglahhh belanjeeee macaron..huk huk huk~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~hindustan oh hindustan.....~

Posted by Miss Lavender | at Wednesday, May 11, 2011

  • aku sebenarnya x berapa berminat dgn dunia industan, certain filem shj akan tgk..for example, kalau pelakon die ensem mcm arjun rampal, hrithik roshan,waaaaa....best2 tengok.hehe
  • dah berapa hari dok umah jadi penganggur sementara cuti sem ni, time nilah nak recycle cerita..dan tetiba aku teringat dgn cerita lama, tapi xdelah lama sgt....kal ho na pyar hai...(agaknye)...trylah search...jeng jeng....dah dapat....then hari ni tgklah cerita tu....serius mengingatkan time sekolah dahulu...hahaah....
  • time sekolah tu adelah jgk tgk cerita industan...sbb kadang2 x tau nak tgk citer ape bile dah kat depan tv, lagi2 time tu hari sabtu, kul 2..memang kenalah utk tgk industan..heheh
  • oooohhh...hrithik roshan best....hensem tapi lepas die dah kahwin ni..kuranglah sikit...dah x cmel just like before die acting banyak filem ni..hehe\kalau korang nak tau mcm mane cite die...i akan upload sikit trailer die...so lepas tgk trailer tu, trylah search...hehehe

~~~~~~~~~~hensemnya hrithik roshan time ni~~~~~~~~heheheeh

Thursday, January 6, 2011

.........LoVeLy ChOcOlAte MoIsT CaKe HoMeMaDe.........YumMMYYY..

Posted by Miss Lavender | at Thursday, January 06, 2011

I`m baaaccckkk...
Disebabkan terdapat permintaan mengenai kek chocolate yang saya buat dan bawa ke UPM,
maka dengan ini, saya share recipi utk membuat chocolate MoIst cakes....enjoyyyy...^__^


Kek Cokelat Moist
Bahan A:-
1 ketul buttercup
1 cawan gula  halus
6 biji telur
1 ½ cawan tepung naik sendiri (Blue Key)
Bahan B:-
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
sedikit air
semua bahan B dimasak atas api yang perlahan. Masak hingga nampak pekat dan sejukkan
Bahan C untuk topping:-
½ tin susu pekat            }masak hingga pekat .
½ cawan serbuk koko     }
Cara-caranya:-
  • Pukul buttercup dan gula hingga kembang.

  • Masukkan telur satu persatu.

  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati.

  • Masukkan bahan B yang telah dimasak dan kacau hingga sebati.

  • Masukkan dalam loyang dan dibakar selama 45 minit hingga 1 jam.

  • Bila dicucuk dengan lidi dan tak melekat, angkat kek dan keluarkan daripada loyang.

  • Bila telah sejuk, sapukan dengan Bahan C tadi.

  • Tabur atas kek dengan gula halus yang berwarna-warni or biarkan kosong sahaja.                                        SELAMAT MENCUBA!!!....d(^_^)b
  • Sunday, November 21, 2010

    cuti-cuti malaysia..

    Posted by Miss Lavender | at Sunday, November 21, 2010

    Bestnye cuti...hehe....semalam dah abis exam, so hari ni, saya nak balik kampung, my muar yang tercinta. paper semalam agak mencabar.....masing2 keluar dengan perasaan bercampur baur, then kitorang gilah makan lepas abis exam....nak dikatekan enjoy dah abis exam, xjugak...haha. semalam, makan x banyak coz x rase berselera melainkan sehari sebelum tu..tapi semalam, saya makan dengan izzati, man, zana dan nadzree, diantara kami berlima, nadzree paling banyak makan, haha...mcm balas dendam diatas kejadian yang berlaku tempoh ari je..hhaah...man dan saya makan x sangat, eleh man, kate je x selera, dah kenyanglah..tapi makan bukan main cepat, mane taknye, x sampai beberapa saat lepas dengar die xde selera nak makan, tengok2 die dah suku abis..hahahah..

    Lepas makan, kitorang pun duklah bercerita ape nak buat lepas ni, confirmlah lepas tension tgk movie..haha...penat i amik movie kat apis, jauh tu die datang.dari sri kembangan naik motor je semata nak bagi saya movie..haha...selepas duk bercerita tu, nadz pun mengutarakan idea yang die nak tgk 'ngangkung'...hahaha....ala, cite yang ada pelakon shaheizul sam kot name die (lupe daa)...tetiba kami tergelak bila dengar izzati repeat balik perkataan 'ngangkung' tu....first dengar die sebut, saya x berapa mentioned, then bile dengar zana ulang semula, hahaah baru perasan....tetiba terlawak...izzati sebut kangkung...hahaha...gile hebat kalau kangkung yang kite makan tu jadi bahan citer kat wayang..hahaa..kesian zati, tetiba die malu...hahaa......release sikit tension, dua hari berturut-turut ketawa kat tempat yang sama lak tu..hheeh..jgn marah naz n zati..kui kui..

     inilah muke kitorang lepas makan, nadz x nak muke die jadi tersebar..hehahaah.....(hazman, izzati, me dan zana)

    kepada sesiapa yang belum abis exam tu, bersabarlah ye...cepat2lah kome abiskan study tu, jgn study last minute mcm saya ni, haha kelam kabut karang...hehehe..oklah, pukul 10 nnti akan gerak balik ke muar bersama the rest yang akan pulang ke johor bahru menaiki kereta..cewah..hahaha...thanks raihan coz sudi membawa saya yang surely xkan memberatkan kereta anda (mane taknye, kurus dok)..hahahah...oklah, selamat berholiday...heheheeh..

    Saturday, November 20, 2010

    makan sampai pengsan..hehe

    Posted by Miss Lavender | at Saturday, November 20, 2010

    mesti terkejutkan kalau dengar 'makan sampai terdiam"haha..memanglah makan diam. kalau ade orang makan sambil menyanyi , hebat tu...haha..ok hari ni, hari paling penat kot, sbb todays saya ada 2 paper dlm satu hari...wau....gilerlah...ape paper tu ek? of course, rawatan air minum and sains atmosfera..mak aii, rawatan air bace bace sampai nak termuntah-muntah, confirm lepaas ni kalau tgk lagi rawatan air note, collapse terus..hahaha...sains atmosfera, memang susah... keluar dewan exam, masing-masing muka pucat, terutama zana, haha...rugi x amik gambar u zana..hehe.. then kitorang pun terus menuju ke bustop, sampai2 shj bus dah ade dan sedia menjemput kitorang, fuyooo..superb..maka, bergeraklah kami menuju foodcourt..nak dipanjangkan cerita, kononnya nak makan bihun tomyam je, tapi izzati dan yang lain-lain ajak makan sama, wah..sekali tanye diorang makan ape?haha hebat gile menu diorang..dan saya pun x terkecuali order mknan lagi banyak dari mereka tu..tunggu punye tunggu, adalah satu incident kecil yang cukup wat saya n the rest hilang tension, tibe2 izzati dan zana menjerit...rupa-rupanya kawan kami sorang lagi salah parking duduk..kesian die, aiskrim punye pasal..tapi xpe..terbaiklah...ok,kembali pada bab makann tu...kitorng order punyelah banyak..zana ckp makan besar..hahaha...baru second last day exam, makan dah banyak, kalau esok ntah mcm mane gayenye..heheh....what everpun, bab makan ,saya memang x tolak..hahah...ok, cukup dulu, citer pasal makan...esok kitorang kena berjuang lagu utk satu paper...susah woooo..huhu....kalkulus..cube ckp sape kate senang??i tembak u nnti...heheh..oh lupe, sebelum tu i pun bungkus lagi wat second round mlm nnti...bihun tomyam pedas....^__^


    inilah makanan kitorang..xnak banyak pulakkan..haha.xpe, makan utk hidup...^___^

    Monday, November 15, 2010

    sakit hati....

    Posted by Miss Lavender | at Monday, November 15, 2010

    Pernah x korang ada perasaan sakit hati?mesti pernah kan. hari ni rasenye memang sakit hati sedunia, mana x nye, bukak facebook semua orang bercakap tentang sakit hati. saya pun pernah sakit hati, rasenye semua orang x terkecuali alami perasaan ni... saya sangat sakit hati apabila membuat janji dengan orang yang x serius dengan janji die. lets say, if  dah janji nak keluar bersama , watlah mcm yang dijanjikan, ini x, buat x tahu.. then senyap je tanpa bagitahu samada jadi atau x..sangat bengang dengan orang mcm ni...

    Saya paling sakit hati bila ada sesetengah manusia yang  x menghormati kita sebagai human being. kenapa? sbb manusia mcm ni pikir dia mempunyai tahap ilmu yang tinggi, then pandang rendah orang yang x berpelajaran tinggi seperti dia. apa jenis manusia mcm ni.. how come dia boleh buat mcm ni.. x pikir langsung perasaan orang. wah, sakit hati nye....mujur iman masih lagi menebal, if tidak i terus sound... tapi xpe, kita ada pengadil yang MAHA BESAR. only He knows everything. 

    Pernah x korang alami pengalaman kena dengan semua orang yang diperkatakan? kalau ada mesti korang x dapat nak gambarkan perasaan sakit hati mcm ni.... sabar sabar sabar....^_*

    Friday, November 12, 2010

    mereka dan saya....^_^

    Posted by Miss Lavender | at Friday, November 12, 2010

    mereka dan saya...

    tiba-tiba teringin nak share siapa yang dikatakan oleh mereka dan saya ni. well, sebenarnye, mereka itu adalah orang-orang yang saya sayangi. Termasuk kawan-kawan dan famili.tapi biarlah saya perkenalkan kawan-kawan saya. saya ada ramai kawan, dari sekolah rendah hinggalah ke universiti. haha...best ada ramai kawan....kita boleh tahu macam-macam ragam mereka ni...jom kita tgk sape mereka ni..^_^


     My classmates in tingkatan 3...hahah..muke fresh and muda betul.. rindu time ni..masing-masing perangai macam budak-budak lagi....sekarang,diorang semua dah sambung belajar, ada yang dah kerja dan ada juga yang dah kahwin...seronok dgr citer pasal kahwin ni.Hurm...chinease semua tu x tahu ape citer, i really miss this moment. dan paling rindu cikgu-cikgu kat sekolah ni, diorang semua sgt best, tanpa mereka, kami x kan berjaya...thanks cikgu....(gambar ni je yang ada softcopy..yang lain malas nak scan balik)hehe



    mereka ni semua kawan-kawan politeknik saya. diorang sgt best. very sporting and funny. semua student yang pandai. kenangan dengan diorang memang sukar utk dilupakan. waktu ni masing-masing semester 5. we all ada program jabatan mekanikal, whish is kitorang kena bertanding dengan course lain di jabatan mekanikal  dengan berniaga, dibawah subjek seminar. banyak kot kenangan kat sini. masing-masing x tido sbb menyiapkan barang-barang utk diniagakn..hahaa..kelakar, mate dah macam beruang panda.haha...semua produk kitorang sediakan sendiri tau, masak sendiri...semua kerjasama. walaupun lambat start tapi akhirnya kitorang juara, sbb student kejuruteraan mekatronik adalah student yang paling bersatu hati, yes we do, kitorang memang bersatu hati, semua benda nak wat same except yang lain-lain...hehehe....really miss you guys....x sabar nak kumpul semula..^_^


    Yang ni kawan-kawan seangkatan di perwakilan pelajar..diorang memang sporting bila bergambar. waktu ni baru je abis kem kolokium di savannah hill..penat...x ukup tido..time ni semua nak balik poli, topup tido..hahaha...rindu korang, MTM yang lain pun cukup sporting disebalik kesopanan mereka...walau ape pun rindu sangat waktu ni, walaupun banyak sangat program kena handle, tapi kite semua satu ukhuwah, saling bantu-membantu. susah nak lupa, dan x lupa pada encik yus, penyelaras JPP, encik sangat best, cuma terkilan kerana x sambung kontrak dengan jpp selepas praktikal, dah x larat nak handle program lagi..huhu....love this moment.


    haha..this is my friends waktu praktikal..heheh..encik zaiman , CEO yang sangat best. dan rakan-rakan lain yang sangat sempoi..hehehe...lelaki banyak kerja kat site, but perempuan duk ofis wat documentations, tapi saya paling seronok course sempat pergi kerja kat site walaupun x banyak.hehehe.thanks encik zaiman bawak gi site....hehe. kat sinilah kenangan suka dan duka wujud. dan disinilah saya mengenali mereka yang sekepala, ops, dan juga tuuut..hehehehe....best sgt waktu ni, x perlu hadiri test, kuiz dan exam..just buat buku log...hahahah....to my buddies, farhana, afzal, syakir,nazirah,fiqah,aina,syafiq, dan yang lain2..anda memang best....hope we can meet again...^__^..to kak wa, my supervisor, thanks sbb bagi markah cemerlang untuk praktikal saya...:-)


    hah,yang ni my clasmate sekarang. We all anak alam sbb in the course of environmental science, well, not much yang boleh dishare. tapi mereka ni sgt comel, sbb adik-adik. telatah mereka ni wat saya tersenyum. macam adik saya sendiri. mereka semua sgt happening walaupun ada yang bleh dikategorikan sebagai skema.  dan mereka student yang sgt pandai, almaklumlah masing- masing lepasan matrik. korang memang comel....^_^. my best buddies kat sini adalah zana, izzati, nadzree dan ros...diorang pun gile2 jugak walaupun time belajar, diorang sgt fokus....kami sama -sama lepasan diploma. mayb sebab tu kamcing kot...cayalah korang...heheheh

    Thursday, November 11, 2010

    indahnya kalau perkahwinan itu milikku disaat ini...hehe

    Posted by Miss Lavender | at Thursday, November 11, 2010 0

    hurm.....seronoknya bila melangkah ke alam perkahwinan....when will it comes to me??my classmate always make a speculate that i will be the first bride among the others...amboi...ingat senang kah nak kahwin mcm tu....yes i know my umur makin hari makin tua....tapi nak wat mcm mane kan..as long as people in outside cant realize my real age..hehehe....21st november ni my friends will get married...best dengar....almost all of my poly`s friend will get married this year and next year.. but i still stay in the same place, same status...(students) . mama, yana, kak jue, and yang lain dah nak kahwin....huhu...bilelah nak berakhir...dan diwaktu ni all my clasmate tgh study tapi saya masih menulis blog..hehehhe....kalau dipikirkan x patut tapi x boleh push kepala ni ...heheh..enjoy enjoy jgk...heheheheh...tapi walau ape pun life must be go on...through it with patiently...yeah...chaiyok2...!!!!
    ma

    Kisah Cinta Kopi Masin

    Posted by Miss Lavender | at Thursday, November 11, 2010 0


    Dia baru sahaja tamat belajar dan kini telah bergelar seorang doktor. Masih bujang dan tercari-cari seorang isteri sebagai teman hidup.
    Pada suatu hari, ketika sedang minum di sebuah kedai kopi berdekatan dengan sebuah sekolah tahfiz di Lembah Beringin bersama seorang rakannya yang hafaz Quran, dia terpandang seorang gadis yang sungguh cantik.
    Dengan wajahnya yang tenang dan penampilan solehah, gadis itu sungguh menawan.
    Si doktor dan si gadis bertentangan mata, tetapi dengan segera kedua-duanya mengalihkan pandangan mereka.
    "Astaghfirullah," bisik doktor itu perlahan. Dia sedar itu panahan syaitan. Si gadis sedang minum-minum bersama dua orang rakannya.
    Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah ini! Secara tiba-tiba si doktor menjadi gugup, berdebar-debar dan serba tidak kena. Ingin sahaja dia menyunting gadis ini sebagai isterinya.
    Doktor tersebut berbisik kepada rakannya yang hafaz Quran itu, "Kau kenal ke gadis itu?"
    "Kenal. Dia sungguh berbudi bahasa. Dan masih belum berpunya lagi," jawab rakannya sambil tersenyum memahami. Aduh, bertambah guguplah doktor muda ini!
    Tiba-tiba, datang pelayan meminta order, dan dia secara spontan berkata,
    "Berikan saya kopi masin!"
    Semua orang memandang dan melihat aneh kepadanya, termasuklah rakannya, pelayan dan gadis tersebut. Mukanya mendadak menjadi merah, tetapi dia tetap tidak mengubah pesanannya, dan setelah kopinya sampai, dia terus meminumnya.
    Kehairanan, rakannya bertanya "Mengapa kopimu mesti masin, sahabatku?"
    "Saat aku masih kecil, aku tinggal di tepi laut. Aku sangat suka bermain-main di laut, di situlah tempatnya aku dapat rasakan air laut... masin dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini," jawab lelaki ini.
    Tanpa disedari, gadis cantik yang duduk di meja bersebelahan mereka mendengar kata-kata si doktor tersebut. Gadis ini terharu. Itu adalah hal yang sungguh menyentuh hati. Perasaan yang begitu dalam dari seorang lelaki yang mengungkap kerinduan akan kampung halamannya.
    Dia pasti lelaki itu adalah seorang yang menyintai dan mengambil berat akan rumah dan keluarganya. Dia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya. Jika dia seorang abang, pastinya dia seorang yang sangat menyayangi adik-adiknya. Bertuahlah siapa yang menjadi isterinya.
    Setelah peristiwa tersebur, si doktor ini meminta rakannya merisik gadis tersebut. Pucuk dicita, ulam mendatang. Setelah mengetahui rombongan merisik adalah mewakili lelaki yang ditemuinya di kedai kopi tempohari, si gadis yang pada ketika itu hampir tamat pengajian di sekolah tahfiz, menerima si doktor ini sebagai teman hidupnya dengan hati terbuka.
    Seperti kisah cinta yang indah, Allah mengurniakan ketenangan di dalam rumah tangga mereka. Mereka hidup bahagia, saling menyanyangi antara satu sama lain, walaupun tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Cinta yang berputik setelah perkahwinan, terus kembang mekar seiring dengan ketaatan mereka kepada Yang Maha Pencipta. Dan setiap kali si isteri membuatkan secawan kopi buat suaminya, dia tidak lupa membubuh sedikit garam di dalamnya, kerana dia tahu, itulah kesukaan suaminya.
    Setelah 40 tahun hidup bersama, si suami meninggal dunia. Dia meningalkan sepucuk surat buat isterinya.
    "Sayangku, sepanjang tempoh kehidupan kita bersama, abang telah sentiasa jujur terhadapmu, tetapi maafkan abang untuk satu perkara. Maafkan kebohongan yang telah abang buat sepanjang hidup abang. Inilah satu-satunya kebohongan abang kepadamu - tentang kopi masin. Kamu ingatkah di saat kita pertama kali bertemu? Pada ketika abang sedang minum kopi dengan Ustaz Syakir, di maahad? Abang sangat gugup pada ketika itu. Sebenarnya abang inginkan kopi manis. Tetapi abang telah tersebut kopi masin. Waktu itu abang ingin batalkannya, tetapi abang terlalu gugup di hadapanmu ketika itu, maka abang biarkan sahaja. Abang tidak pernah menyangka itu akan menjadi awal perkenalan kita. Abang telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya kepadamu..abang telah mencuba beberapa kali sepanjang hidup abang...tetapi abang tak sanggup melukakan hatimu..
    Sekarang saat kamu membaca surat ini, abang sudah tiada. Tidak ada lagi yang perlu abang bimbangkan, maka abang akan menyatakan ini kepadamu: Abang tidak menyukai kopi masin. Tapi sejak mengenalimu, abang selalu minum kopi masin yang kamu buatkan sepanjang hidup abang. Dapat berada di sampingmu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidup abang. Jika abang punya kesempatan untuk menjalani kehidupan sekali lagi, abang akan tetap berusaha mengenalimu dan menjadikanmu sebagai isteri abang walaupun abang harus minum kopi masin sekali lagi."
    Sambil membaca, air matanya membasahi surat itu.
    Suatu hari, seseorang telah bertanya kepadanya, "Bagaimana rasa kopi yang masin?"
    Dia dengan pastinya menjawab, "Rasanya manis sekali."
    Begitulah kisah bahtera cinta yang antara dua insan, dalam pelayaran menuju cinta Tuhan.
     
    ~ ... little miss busy lady... - Designed by Miss Rinda - Layout by My Blog Make Over - Author YOUR NAME HERE :) ~