Thursday, January 6, 2011

.........LoVeLy ChOcOlAte MoIsT CaKe HoMeMaDe.........YumMMYYY..

Posted by Miss Lavender | at Thursday, January 06, 2011

I`m baaaccckkk...
Disebabkan terdapat permintaan mengenai kek chocolate yang saya buat dan bawa ke UPM,
maka dengan ini, saya share recipi utk membuat chocolate MoIst cakes....enjoyyyy...^__^


Kek Cokelat Moist
Bahan A:-
1 ketul buttercup
1 cawan gula  halus
6 biji telur
1 ½ cawan tepung naik sendiri (Blue Key)
Bahan B:-
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
sedikit air
semua bahan B dimasak atas api yang perlahan. Masak hingga nampak pekat dan sejukkan
Bahan C untuk topping:-
½ tin susu pekat            }masak hingga pekat .
½ cawan serbuk koko     }
Cara-caranya:-
  • Pukul buttercup dan gula hingga kembang.

  • Masukkan telur satu persatu.

  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati.

  • Masukkan bahan B yang telah dimasak dan kacau hingga sebati.

  • Masukkan dalam loyang dan dibakar selama 45 minit hingga 1 jam.

  • Bila dicucuk dengan lidi dan tak melekat, angkat kek dan keluarkan daripada loyang.

  • Bila telah sejuk, sapukan dengan Bahan C tadi.

  • Tabur atas kek dengan gula halus yang berwarna-warni or biarkan kosong sahaja.                                        SELAMAT MENCUBA!!!....d(^_^)b
  •  
    ~ ... little miss busy lady... - Designed by Miss Rinda - Layout by My Blog Make Over - Author YOUR NAME HERE :) ~