Tuesday, June 28, 2011

Israk Mikraj....(apa yang tersingkap)

Posted by Miss Lavender | at Tuesday, June 28, 2011 0

Setiap kali menjelang kalendar Rejab sempena kedatangan tarikh peristiwa Isra’ Mikraj, pasti gambar-gambar ini disebarkan ke serata dunia maya dan hasilnya, ramailah yang mempercayainya..
Berikut adalah gambar-gambar palsu yang  kononnya ia adalah Batu Terapung atau Batu Tergantung  seperti yang tercatat dalam peristiwa Israk Mikraj, tersebar meluas di dalam internet. Dan juga.. Ia diguna pakai dalam khutbah multimedia di masjid-masjid di KL..!
Gambar PALSU 1
Batu Terapung PALSU 1Gambar PALSU kononnya Batu Terapung / Tergantung di Palestine ini terus disebarkan dan amat kurang bagi mereka yang bertanya akan kesahihannya. (He-eh..? Kan terapung tu ustaz..? )
Gambar PALSU 2
Batu Terapung PALSU 2Gambar batu yang serupa dari sudut yang lain. Dah Nampak..?
Gambar PALSU 3
Batu Terapung PALSU 3Juga satu lagi sudut gambar palsu ini. Dah jelas..? Belum..?
Gambar PALSU 4
Batu Terapung PALSU 4Sekali lagi sudut yang lain gambar palsu ini. Haa.. Jelas..?
Gambar PALSU 5
Batu Terapung PALSU 5Tadaa.. ‘Breaking The Magician Code: The Magic Secret Reavealed’. Teknik murahan rupanya.. GunaPhotoshop..
Jadi.. Mana yang  ASLInya..?
___________________________ …
Berikut yang penulis sertakan adalah gambar ASLI dan SAHIH Batu Terapung yang disebut dalam peristiwa Isra’ Mikraj..
Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra' Mikraj
Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra' Mikraj
Berikut adalah soal-jawab dari seorang hamba Allah dengan Dato’ Dr. Haron Din mengenai Batu Terapung / Tergantung seperti yang dinyatakan dalam sejarah Isra’ Mikraj baru-baru ini.
SOALAN:
Dato’, saya telah melihat gambar dalam internet dan mendengar beberapa ceramah Israk Mikraj, ada penceramah menunjukkan gambar batu besar yang tergantung-gantung di Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis. Adakah benar batu itu tergantung-gantung (tidak berpihak di bumi) dan terlepas daripada tarikan graviti. Pohon Dato’ perjelaskan apakah yang sebenarnya. – ZAINAL AHMAD
JAWAPAN Dato’ Dr Haron Din:
Tempat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Dimikrajkan
Ulama umumnya berpendapat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermikraj dari satu tempat di Baitulmaqdis yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan). Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis.
Pengalaman Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi
Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud ‘Tempat Nabi bermikraj’, disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): “Berkatalah al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.
“Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.”
“Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.”
“Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain.”



 Batu Terapung Pada Hari Ini Dari Pengalaman Dato’ Dr Haron Din
Ada pun mutakhir ini, saya sendiri berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah (kubah yang di bawahnya ada batu). Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa.
Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam akan dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid dengan Qubbatul Sakhrah ini.
Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu Terapung
Satu lagi gambar asli dan sahih Batu Terapung. Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu Terapung
Meneliti Batu Terapung
Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan. Gambaran sekarang ini, batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya. Saya menganggarkan keluasan tempat itu, sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika untuk masuk bersesak-sesak boleh sampai 150 orang. (http://qhazanah.wordpress.com)
Keadaan Berubah
Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh. Di segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia tergantung seperti yang dijelaskan di atas. Semasa lawatan itu, saya kebetulan bertemu dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ, di samping pemandu pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu besar yang macam payung itu tergantung-gantung.
Kegerunan Hati Manusia
Oleh kerana banyak pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka terperanjat dan amat gerun dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani masuk di bawah batu itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap. Memandangan hal keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai tanggapan orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa mengambil tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi.
Batu Terapung Isra' Mikraj -Dari Atas-Gambar simpanan lama Batu Terapung dari sudut atas.
Mengapa Berubah..?
Ketakutan pembesar-pembesar zaman ini samalah seperti yang dirasai oleh al-Imam Aku Bakar Ibnul ‘Arabi seperti dalam bukunya.
Maka atas itulah batu tersebut sudah tidak lagi kelihatan tergantung-gantung, tetapi ia menjadi seperti sebuah bangunan yang di bawahnya boleh dimasuki, ia kelihatan seperti sebuah batu biasa yang dapat dilihat. Wallahua’lam.

sumber:

Monday, June 27, 2011

aku garang dan sangat garang bila.....

Posted by Miss Lavender | at Monday, June 27, 2011 0

first thing yang perlu dinyatakan adalah, aku x pandai nak marah orang. but when this kind annoyed things happen around me, aku akan jadi emo, atau lebih senang dikatekan akan garang..aku sangat bengang bila ada segelintir manusia yang x reti nak faham situasi orang lain, suka wat spekulasi sendiri...hello, semua orang punyai masalah sendiri jadi ko x perlulah nak samakan masalah ko dengan orang lain.please stop from  being annoying person. 

Aku sendiri pernah berhadapan dengan mereka ni, well, manusia tidak sempurna, tapi jgn sekali-kali menggunakan alasan itu untuk sesuka hati kamu membuat maslah pada orang lain. manusia memang tidak sempurna, berbanding kekasih-kekasih Allah yang lain, maka dengan itu kita dikurniakan akal fikiran berbanding haiwan utk muhasabah diri kita, mana yang silap. itu gunanya konsep akal dan muhasabah. jgn terlalu mengharapkan teguran orang lain baru kita nak berubah. orang lain cuma nampak kesalahan didepan mata, sedangkan yang diluar penglihatan mata sendiri bagaimana pulak?tepuk dada tanya iman ye.

Another thing is, jangan memaksa orang lain utk terima kamu menjadi sebahagian hidup kamu jika pada awalnya direject. paham2 jelah ye, jangan buat orang lain lagi geli meremang dengan kamu. aku cukup anti perkara sebegini. soal jodoh, mati dan rezeki semuanya itu ditangan Allah. jadi jgn menjadi seolah-olah kamu tiada agama, tidak berfikir secara matang perasaan orang lain dan tolonglah terima kenyataan jika itu yang ditakdirkan. sekiranya kamu suka seseorang sekalipun, beri mereka peluang atau masa utk nilai keikhlasan kamu, bukan secara paksaan. kalau kamu paksa, memang jawapannya akan sentiasa NO ye. jadi jgn nak cipta agenda x bertauliah dan tidak bertamadun pulak bila dah direject 100%.

tolonglah jauhkan penyakit PHD (perasaan hasad dengki). orang lain ada pangkat PHD sebab sentiasa positif dengan pengalaman hidup, tapi ada orang lain berpangkat PHD sebaliknya.mereka yang PHD negatif ni x blh langsung lihat orang lain senang. ada sahaja yang nak diporakkan. orang lain pun tahu marah, kecewa, bengang dan berbagai lagilah. jadi jika kau x nak perkara yang sama berlaku, janganlah susahkan hidup mereka ni...bersyukur dengan apa yang kita ada. kalau tiba-tiba perasaan dengki ni datang menerpa, muhasabah diri, 'kenapa aku perlu nak dengki dengan orang lain?mungkin ada hikmah kenapa aku punyai hidup sebegini". tolong yakin dengan takdir Allah ye, jgn nak pandang buruk apa yang menimpa hidup kita. kalau nak marah orang sekalipun, senyapkan diri. sabarkan hati dalam diam. jgn sekali2 kali jentik perasaan orang lain. buruk padahnya.





akhir sekali, marilah sama2 muhasabah diri, hidup memang x lama. jgn sibuk mencari salah orang lain walaupun ilmu kita lebih tinggi dari orang lain, kerana ilmu dari pengalaman hidup itu lebih berharga daripada ilmu dari teori semata-mata........



Saturday, June 25, 2011

<><><>Tiramisu Cake <><><>

Posted by Miss Lavender | at Saturday, June 25, 2011

bulan ni sangat teringin nak baking....tapi kalau blh tunggu gaji..almaklumlah keja partime...x seberapa pun...huhuhu....(sadis)
kali ni nak wat kek tiramisu....sgt sedap...nak wat kek ni senang shj because it is eggless cake....x guna sebarang telur ayam...jadi makan kek ni dijamin tiada sebarang bau telur ayam....sbb kadang2 ade sesetengah orang x suka makan kek yang kuat dengan bau telur ayam....ada banyak resipi untuk wat kek ni...coz it depends on that maker....kadang2 ada yang guna resipi lain...jadi kat sini saya lampirkan resipi kek yang saya rasa lebih senang....enjoysss......^_^




TIRAMISU CAKE











Bahan-bahan
250g cream cheese
250g whipped cream
150g gula
kek span ( boleh ganti dengan biskut yang dicelup dengan air nescafe) blh didapati di kedai2 membuat kek.
1/2 paket nescafe or mocha 3in1 (for garnishing purpose)




Cara-cara
Potong & susun sponge cake dalam baking tin (1st layer) (potong 3 lapis atau 2 lapis)
Beat cream cheese, whipped cream & gula with hand mixer until creamy
Tuang mixture tadi diatas lapisan cake yang pertama
Susun selapis lagi cake diatas mixture tadi (2nd layer)
Tuang mixture diatas lapisan cake yang kedua
Repeat the step until finish
Taburkan 1/4 or 1/2 paket of nescafe 3in1 for ganish
Simpan dalam fridge overnight


Ok done...jadi selamat mencuba pada sesiapa yanag nak mencuba....hehe....
 
~ ... little miss busy lady... - Designed by Miss Rinda - Layout by My Blog Make Over - Author YOUR NAME HERE :) ~